Best ke berblogging ini?Pasti ramai yang sudah tahu dan ramai juga yang ingin tahu mengenai perkara ini.Berblogging ini best ke?@ hanya buang masa??Jujurnya ia bergantung kepada seseorang itu,jika dia sangat berminat dan ingin menjadikan blogging itu sebagai satu part time yang boleh memberikan pendapatan bulanan kepada mereka,maka berblogging adalah menyeronokkan.
Sebenarnya keseronokan blogging bukan hanya terletak pada income yang diperolehi tetapi juga daripada perkara-perkara yang lain.Contohnya tambah kenalan sesama blogging,berkongsi pendapat menerusi penulisan yang dikongsikan di blog dan juga berjaya mendapatkan trafik yang tinggi @ pembaca yang ramai setiap hari.Disitu akan lahirnya kepuasan didalam berblogging.
Faedah @ Keseronakan Didalam Berbloggging
1.Income Dari Blog
Percaya @tidak,berblogging ini boleh menghasilkan wang cuma beza antara satu blog dengan blog yang lain adalah berapa mereka mampu perolehi daripada blog masing-masing.Contohnya,cuba lihat entri terbaru yang ditulis oleh Bro Framestone mengenai kejayaan beliau memperolehi wang daripada blog personalnya.
Sebenarnya,untuk mendapatkan income daripada blog bukanlah senang dan bukan juga senang,semuanya bergantung kepada usaha yang kita buat untuk mendapatkan pengiklanan yang banyak di blog kita.Walaupun kita berjaya memohon Innity tetapi ia tidak menjamin untuk anda memperolehi income yang tinggi.
- Sukarnya Untuk Berblogging Dan Berjaya?
- Kenapa Tidak Ramai Blogger Yang Boleh Berjaya Dengan Nuffnang?
- Anda Masih Percaya Yang Advertlets Akan Membayar Earnings Kita?
2.Kenalan Di Dunia Blogging
Perkara yang kedua yang membuatkan kita akan jadi bersemangat untuk berblogging adalah kerana boleh menambahkan kenalan di dunia blogging.Kenapa kenalan di dunia blogging ini penting?Ianya penting kerana mereka inilah yang biasanya akan datang ke blog kita dan meninggalkan komen.Bagi pembaca biasa,mereka hanya membaca artikel kita dan mereka jarang meninggalkan komen.
Jadi mencari dan berkenalan dengan rakan-rakan blogger ini sangat penting dan harus dititikberatkan oleh semua para blogger terutamanya yang masih baru berblogging.Yang menariknya mempunyai ramai rakan blogger ini adalah selain daripada meninggalkan komen,mereka juga selalu memberi sokongan kepada kita supaya terus berblogging dan jika kita bad mood @ down,mereka inilah yang akan memberikan kita semangat untuk tidak putus asa.
3.Berkongsi Pendapat @ Pandangan
Perkara ini yang membuatkan saya suka pada berblogging.Bagi saya,blog adalah satu mediam untuk menyampaikan pendapat dan pandangan kita kepada sesuatu perkara.Melalui pendapat yang kita kemukan,kita boleh berbincang dan berkongsi-kongsi pendapat dengan pembaca kita yang lain.
Oleh itu,menghasilkan artikel yang berkualiti harus dititikberatkan supaya yang membaca blog kita @ artikel kita berpuas hati dan mendapat maklumat yang mereka cari.
Sekiranya anda berminat untuk berblogging ini,perkara yang penting adalah menulis dengan baik.Semua orang boleh menulis dan menaip tetapi untuk menghasilkan artikel yang boleh difahami semua,bukanlah satu kerja yang mudah.Jadi tekankan sedikit kepada jenis penulisan yang kita ingin sampaikan kepada para pembaca kita.
Kesimpulan
Jangan risau jika anda tidak sebaik rakan-rakan blogger anda,yang penting harus berusaha kuat dan jangan sesekali mudah putus asa kerana maklamat dan cita-cita tidak kesampaian.Insya-Allah,rezeki ada dimana-mana,mungkin hari ini bukan rezeki kita,mungkin bulan depan @ tahun depan rezeki kita pula.Siapa tahu kan???Betul tak?
Apa pendapat anda mengenai perkara ini??Best ke berblogging ni??Kenapa?
komen
VastaKustuta